Mencintai Budaya dan Bahasa Orang Pekak

Hari Orang Pekak Antarabangsa (HOPA) akan diumumkan tidak lama lagi jatuh pada minggu keempat bulan September setiap tahun di luar negara sejagat. HOPA ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada semua lapisan masyarakat setiap negara ini bagi mengingati Hari Orang Pekak Antarabangsa. Hal demikian bukan sahaja untuk menyuarakan pendapat dan hak asasi orang Pekak, tetapi ibu bapa yang mempunyai anak Pekak turut tidak dilupai untuk menyertai bersama-sama. Apa faedah-faedah HOPA ini yang diperolehi oleh semua lapisan masyarakat Pekak di negara kita?

Memperluaskan kesedaran tentang budaya Pekak dan Bahasa Isyarat Malaysia.
Kesedaran ini secara tidak langsung ditanam dan dipupuk kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dengan mengadakan kempen-kempen dan promosi. Ibu bapa merupakan peranan yang amat penting untuk menyalurkan pendidikan dan komunikasi kepada anak Pekak dalam proses pembesaran dari anak kecil sehingga dewasa. Mereka seharusnya diminta belajar bahasa isyarat dan memahami budaya Pekak sebelum mereka menjadi peranan utama sebagai ibu bapa anak Pekak. Dengan pengetahuan bahasa isyarat, ini akan mempermudahkan proses percakapan, perbualan harian dan komunikasi antara ibubapa dengan anak Pekak dari bermula kecil. Perubahan ini akan memajukan pemikiran, pengetahuan, dan kebijakan anak Pekak dalam sistem pendidikan, pekerjaan, dan sebagainya yang selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Anak dewasa Pekak akan menjadi seorang yang berguna di negara kita dan mereka dikategorikan sebagai orang OKU pendengaran yang berjaya dalam kerjaya mahupun mengecapi cita-cita serta mendalami keagamaan.

Hak asasi pekerjaan mesti disamaratakan
Menurut kajian sektor pekerjaan tahunan bagi peratusan orang kelainan upaya (OKU) ini yang bekerja adalah amat sedikit berbanding dengan orang bukan Pekak di negara kita. Pihak majikan sering memandang rendah atau serong kepada OKU pendengaran untuk mengambil mereka bekerja kerana masalah komunikasi dicetuskan dengan alasan mereka berasa sukar untuk memahami bahasa isyarat orang Pekak. Di samping itu, orang Pekak mudah dibuli oleh pihak majikan disebabkan ketiadaan suara sebulat hak asasi dan akta-akta orang Pekak disegani. OKU pendengaran dikatakan adalah 'bahaya' dalam sektor pekerjaan kerana mereka tidak boleh mendengar dan tidak tahu berbuat apa-apa. Pihak majikan ini belum menyedari kelebihan yang ada pada OKU pendengaran. Oleh kerana hal demikian, pihak kerajaan dirayu agar menurun padang untuk meninjaui keperluan dan hak-hak asasi orang Pekak dalam peluang sektor pekerjaan dan mencelikkan mata mengenai perangai pembulian pihak majikan terhadap OKU tersebut. Dengan adanya pindaan akta-akta dan undang-undang baru ini untuk melindungi hak-hak asasi OKU, kehidupan dan taraf orang Pekak akan dinaikkan dengan orang bukan Pekak. Mereka turut dihormati oleh pihak majikan adalah sama rata dalam hak asasi dengan orang lain.

Memperkukuhkan sistem pendidikan
Peratusan jumlah keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM diambil oleh para pelajar Pekak yang gagal adalah besar setiap tahun. Faktor utama ini ialah pendedahkan anak Pekak dalam sistem pendidikan pada usia yang paling awal adalah ketiadaan tempat sebuah pra sekolah untuk anak pekak seperti bagaimana kanak-kanak berumur 2 -4 tahun akan dimasukkan ke sebuah tadika swasta oleh ibu bapa sendiri. Kebanyakkan anak Pekak yang mula belajar di sekolah rendah bertahap yang rendah pendidikan khas pada usia yang lewat iaitu 7 tahun selepas mereka dipinggirkan. Hal ini disebabkan oleh para ibu bapa yang dilema dan keliru dalam penentuan keputusan untuk memilih persekolahan yang betul dan efisien. Mereka kurang berpengetahuan dan arif betapa pentingnya sistem pendidikan bagi anak Pekak. Perkembangan dan kecerdasan minda anak Pekak ini agak lembap dan ini telah merumitkan mereka untuk melanjutkan persekolahan. Tanpa pendidikan yang baik, mereka terlibat dalam kegiatan kurang baik seperti lepak di pusat membeli-belah, kecurian dan sebagainya. Gejala-gejala ini telah dikaji bahawa sistem pendidikan sepatutnya didedahkan kepada anak pekak lebih awal pada usia 2 tahun untuk mendapatkan pendidikan yang baik. Langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan ini dengan mencipta alat komunikasi yang tebaik seperti Bahasa Isyarat Malaysia digunakan.

Jurubahasa Bahasa Isyarat diperbanyakkan
Dalam perkembangan dan perubahan zaman berteknologi dari semasa ke semasa, maka orang Pekak tidak akan berada dalam ketinggalan zaman. Oleh itu, untuk mengejar masa yang berputar tanpa berhenti mereka amat memerlukan jurubahasa untuk menyalurkan sebuah jambatan yang kukuh antara orang Bukan Pekak dan orang Pekak. Ketiadaan jurubahasa ini telah menimbulkan banyak salah faham, dan masalah komunikasi antara mereka dalam pelbagai urusan seperti pekerjaan, mesyuarat, perniagaan, seminar dan sebagainya, . Dengan adanya jurubahasa ini akan membantu orang Pekak dalam melicinkan masalah komunikasi dengan orang Bukan Pekak. Semakin bertambah orang Pekak dilahirkan semakin bertambah jurubahasa isyarat diperlukan. Selain itu, pihak kerajaan haruslah menghulurkan bantuan untuk memastikan peluang kekosongan jawatan sebagai jurubahasa BIM dipertingkatkan. Ini secara tidak langsung mendorong orang bukan Pekak bekerja sebagai jurubahasa isyarat begitu juga pendapatan. Hal demikian ini akan mengurangkan jumlah pengangguran di negara tersebut. Jurubahasa isyarat menyalurkan informasi dan pengetahuan dalam semua aspek seperti berita TV1 setiap malam bagi orang Pekak mencelikkan minda.

Kesimpulannya, kita sebagai warga Malaysia bersama-sama memberi sokongan, buah fikiran dan pendapat kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Dengan jumlah keputusan suara orang Pekak adalah majoriti bagi perubahan sistem kerajaan menerusi mewujudkan kempen-kempen dan promosi Hari Orang Pekak Antarabangsa tersebut. Kerjasama orang luar akan dialu-alukan.